Saturday, February 21, 2015

Library on the go!

Baru-baru ini telah diadakan kempen membaca usai solat Jumaat di Masjid Matunggong. Sambutan amat menggalakkan pada jumlah kapasiti kami yang kecil ini. Semoga program ini menginspirasikan sesuatu yang sihat dan positif!

Wednesday, November 12, 2014

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kecil Matunggong

Pada 4 November 2014 yang lalu, telah di adakan Sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah kecil Matunggong yang bertempat di Masjid Al-Munawwarah, Matunggong, Kudat.

Program tersebut yang telah dirasmikan oleh Datuk Wetrom Bahanda, telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pekerjaan.

Nasyid jemputan daripada Pusat Latihan Dakwah (PLD) Kudat, serta Qasidah daripada Persatuan Qasidah Kudat turut memeriahkan majlis dengan persembahan mereka.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah serta Anugerah Siti Khadijah turut di umum di dalam program ini.